Alhamdulillah, kami dah selamat sampai ke Sri Lanka jam 9.20 pagi waktu Sri Lanka. Di sini kami disambut oleh Pakcik Jamalon (Pengerusi Kurunegala Malay Association). Lebih sejam beliau menunggu. Pertama kali menjejakkan kaki ke Sri Lanka, Sebelum ini hanya melihat melalui rujukan internet, buku-buku dan penceritaan orang. Ramai juga rakyat Sri Lanka disini. Akhirnya jejak kami berenam bermula...
Sebelum itu, kami nak cerita apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Colombo tadi. Alhamdulillah, kami tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang perjalanan tersebut. Dalam flight pun ok je tadi walaupun agak pening-pening lalat. Kami sebenarnya 'berjemaah' breakfast di McDonald KLIA sebelum boarding pagi tadi, selepas itu dalam flight pun rupanya disediakan makanan juga. Nak menolak.. Tapi sudah berbayar. Rugi pula kalau tak makan. Rezeki pula di depan mata.. maka semuanya terpaksa menjamah walaupun ada yang tidak habis. Kak Dyl pula perutnya meragam. Syah pula licin semuanya.
Lupa pula nak beritahu siapa yang hantar kami tadi di KLIA. Kami nak ucapkan terima kasih kepada Abang Din, Abang Bob dan Sdra Izzat Atan yang sudi menghantar kami pagi tadi. (tidak dilupakan juga Abg Wan yang terpaksa menjaga kereta diluar) Entah dah mandi atau belum tu mereka ini?? Terima kasih juga kepada Abang Din, walaupun tidak dapat mengikuti misi kami ke Sri Lanka ni, beliau tetap memberikan semangat kepada kami untuk menjayakan misi ini.
Perjalanan kami ke Kurunegala memakan masa selama 3 jam. Agak lama dan 'boring' juga sebenarnya memandangkan jalan raya disini tidak sepertimana jalan raya di Malaysia. Namun begitu banyak perkara yang kami bincangkan bersama dengan Pakcik Jamalon berkaitan perkembangan Melayu di Sri Lanka. Kami juga sempat singgah untuk menikmati air "Thambili'' (air kelapa pandan) Semuanya berusaha menghabiskan air ini setiap orang dan kos bagi setiap satu hanya RM0.50!
Sebelum sampai ke rumah Pak Cik Jamalon, kami singgah dulu ke rumah Mak Cik Jalil, isteri kepada salah seorang bekas Presiden Persatuan Melayu Kurunegala yang suatu ketika dahulu sangat berpengaruh disini. Tetapi suami beliau telah meninggal dunia yang membawa kepada kehilangan besar kepada dunia Melayu Sri Lanka. Persinggahan selama ''lima minit'' ini sekadar berkenal-kenalan dan bertukar resepi masakan sambal tumis yang akan diajarkan nanti. Susah juga nak menerangkan bahan-bahan yang kami perlukan untuk buat sambal tumis ini. (tunggu yea keluaran akan datang untuk sesi masak-memasak ini)
Jom kita hayati pantun yang menjadi kekuatan Pakcik Jamalon dalam memperjuangkan nasib Melayu Islam di Sri Lanka ini.
"Apalah guna memasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apalah guna turut agama,
Jika tidak tiada Imannya"
*Sesungguhnya kami sangat kagum dengan kesungguhan Pak Cik Jamalon dalam memastikan keterlangsungan Melayu di Sri Lanka ini. Banyak lagi benda yang hendak diceritakan tentang Pak Cik Jamalon dan perjalanan kami. Kini kami sedang sibuk membuat beberapa kajian mengenai Syeikh Yusof Al-Makassari dan juga sejarah keberadaan Melayu di Sri Lanka. Semuanya akan diceritakan nanti. Tunggu ye!
1 comment:
tahniah kepada shah,awe and the gang diatas usaha dalam membawa misi rahmatan lilalamin...
bila abg baca blok group srilanka
abg berasa gembira becampur sedih..
gembira kerana korang dapat menyambung misi kami disana yang telah tertangguh sejak sekian lama..
sedih kerana tidak dapat bersama dengan masyarakat melayu sri lanka yang pernah bersama dengan abg satu ketika dulu..
samapaikan kan salam abg kepada pakcik jamalon dan keluarga
serta mohon maaf kerana GAGAL meneruskan kesinambungan misi rahmatan lilalamin di sana..
secara jujur abg mmmeng merindui suasana di sana ditambah kan lagi dengan gambar2 yang korang post di blok cukup membuatkan abg berasa sayu..kalau tak silap abg ader sorang budak kaecil di dalam gambar korang yang kami namakan buyong sudah besar adik tu..
teruskan usaha kalian di sana dan sampaikan salam abg kepada semua masyarakat islam di sana khususnya masyarakat melayu..
insyaallah jika diizinkan akan kkembali ke bumi airmata mata demi untuk menyambung kembali msisi yang pernah gagal..
All de best
Post a Comment