Kami bertolak ke Kandy agak lewat kerana van yang dijanjikan untuk menghantar kami datang agak lambat. Dari rumah Pak Cik Jamalon, dia membawa kami ke Rumah Tuan Roobin Arifeen Sama. Seorang rakannya yang berbangsa Melayu.
Arwah ayahnya merupakan seorang pemandu lori. Menulis sebuah Al-Qur’an (khat). Anaknya tidak bekerja tetapi mempunyai kepakaran dlm bidang teknikal (elektronik). Boleh tengok TV 1 di rumanya. (n_n).
Singgah di sebuah tempat di mana terdapat sebuah monumen sejarah (Kisah Sardiel-RobinHood Sri Lanka). Sardiel merupakan seorang perompak. Ibunya di rogol oleh belanda semasa dia kecil. Berpindah ke Colombo & bekerja sbg tukang cuci senapang. Beberapa thn selpas tu, dia balik semula ke kampung halaman & membunuh org yg merogol ibunya. Sejak itu, dia menjadi buruan polis & mula merompak harta org2 kaya dan diagih-agihkan harta rampasan tersebut kpd org miskin. Dia pernah ditembak oleh seorang polis melayu, tp tidak mati (ada ilmu kebal, menanam tangkal di pangkal pehanya). Berjaya ditangkap oleh polis Belanda & di hukum gantung.
· Singgah ke rumah pakcik Ahmadeen. Antara org2 yang aktif dlm memartabatkan bangsa melayu. Pernah berkhidmat sebagai polis selama 55 tahun. Sekarang berumur 74 tahun. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki dan salah seorangnya bekerja di Oman. Nama penuh beliau ialah Tuan Hakeem Ahmadeen. Kami kemudian menumpang menyempurnakan solat zuhur dan asar (jamak) secara berjemaah. Selepas itu, bergerak ke Kandy & berjumpa dgn Kandy Malay Association. Kami disambut oleh Pengerusi Kandy Malay Association Haji Nizam Samad dan kawan2nya.
Terdapat pelbagai perkara yang dibincangkan bersama dengan Kandy Malay Association terutama bagaimana dapat kami membantu masyarakat Melayu di sana. Secara pemerhatian kasar kami, keadaan Melayu di Kandy agak baik jika dibandingkan dengan keadaan Melayu di Kurunegala. Ini kerana pengurusan Malay Association di sini agak baik. Kami dilayan dengan begitu baik ketika berada di Kandy. Jamuan makanan sudah tentunya menjadi kewajipan bagi setiap tuan rumah yang kami singgah. Alhamdulillah, rezeki kami di Sri Lanka ini tak pernah putus. Puas 'melantak' je rasanya di sini. Jangan terkejut andai kami semua pulang ke Malaysia nanti badan kami semua 'sihat-sihat' belaka!
· Seusai perjumpaan dengan Kandy Malay Association, kami bergerak balik ke Kurunegala & singgah di Madrasah Khairat untuk makan makanan tengah hari. Makan lagi?! Hurm. Makanan tengah hari tersebut telah disediakan oleh sebuah hotel yang terletak berdekatan dengan rumah anak Pakcik Jamalon yang kami singgah pagi tadi. Untuk mengelakkan makanan tersebut basi, kami terpaksa juga makan sedikit walaupun kebanyakan antara kami tak terdaya untuk menghabiskan kesemuanya. Perut masing-masing dah kedepan dah. Layak untuk dapat anugerah pingat PJK. (Perut Jalan ke depan!). Haha!
. Setelah selesai 'makan tengahari' kami pada pukul 5.30 petang, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kurunegala. Dalam perjalan kami singgah di rumah Pak Cik Farzan Mahmud (Setiausaha Persatuan Melayu Kurunegala). Dia menjemput kami untuk datang ke rumahnya malam ini untuk 'beronggeng'. Huh! Apakah kami telah bersedia? Kita nantikan laporan yang akan datang ye!
Kami sampai di rumah Pak Cik Jamalon lebih kurang pukul 8.30 malam. Setelah berehat sebentar, kami menunaikan solat maghrib dan Isya' secara berjemaah. Kemudian Pak Cik Jamalon mengadakan sedikit perbincangan dengan kami mengenai perjalanan kami semalam. Setelah itu, kami masuk ke bilik masing-masing untuk berehat dan 'recharge' semula tenaga. Harapan kami hari-hari berikutnya dipermudahkan oleh Allah dan misi ini dapat berjalan dengan jayanya.
Sehingga berjumpa lagi pada posting yang akan datang. Teruskan sokongan anda kepada kami.
Assalamualaikum!
'Misi Rahmatan Lil A'lamin'
No comments:
Post a Comment