Wednesday, October 29, 2008

Profail Sukarelawan

NAMA: Ain Najwa Badrul Amin
NO KAD PENGENALAN: 870504-56-5646
ALAMAT RUMAH: 50, Jln. 40, Taman Desa Jaya, 52100, Kepong, Kuala Lumpur
UMUR: 21 Tahun
IPT: UIAM
JURUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
TAHUN PENGAJIAN: Tahun 2
E-MAIL: mata_bisikanrahsia@yahoo.com
PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SUKARELAWAN:
1. Setiausaha Kewangan, Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)
2. Program Da’wah di Pulau Ketam
3. Pro
gram Da’wah di Maninjau, Indonesia



NAMA: Raja Nurul Balqis Raja Md. Arif

NO KAD PENGENALAN: 871020-23-5442

ALAMAT RUMAH: 25, Jalan Lembah 38, Taman Desa Jaya, 81100, Johor Bahru, Johor

UMUR: 21 Tahun

IPT: UIAM

JURUSAN: Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Pengkhususan Sains Politik,minor Pengurusan Perniagaan)

TAHUN PENGAJIAN: Tahun 2

E-MAIL: thinkers_goldenmean@yahoo.com/balqis.iium@gmail.com

BLOG: fikrahinsaniah.blogspot.com

PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SUKARELAWAN:

1. Sukarelawan ABIM Johor

2. Program Da'wah Orang Asli Cameron Highand

3. Program Da'wah Pulau Ketam



NAMA: Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin

NO KAD PENGENALAN: 871112-11-5181

ALAMAT RUMAH: Lot 788 Kg. Gong Nangka, Gong Tok Nasek, 21100, Kuala Terengganu, Terengganu

UMUR: 21 Tahun

IPT: UIAM

JURUSAN: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi

TAHUN PENGAJIAN: Tahun 2

E-MAIL: fahmi.iium@gmail.com

BLOG: http://fahmisamsudin.blogspot.com

PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SUKARELAWAN:

1. Khidmat Bakti Sosial di Koto Panjang, Padang, Indonesia

2. Program Da’wah Orang Asli Cameron Highlands

3. Exco Penerangan, PKPIM



NAMA: Syahrir Azfar Saleh

NO KAD PENGENALAN: 870615-56-5072

ALAMAT RUMAH: 43, Jalan Enggang Timur 6, Taman Keramat, 54200,

Kuala Lumpur

UMUR: 21 Tahun

IPT: UIAM

JURUSAN: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

TAHUN PENGAJIAN: Tahun 2

E-MAIL: adeqashah@yahoo.com

BLOG: www.adeqashah.blogspot.com

PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SUKARELAWAN:

1. Program Da’wah Orang Asli, Perak

2. Program Da’wah Orang Asli Cameron Highlands

3. Operasi Malam Merdeka dan Tahun Baru


NAMA: Nadzifatul Huda Sabri

NO KAD PENGENALAN: 870322-43-5170

ALAMAT RUMAH: 112, Jalan Datuk Sulaiman 3, Taman Tun Dr. Ismail, 60000, Kuala Lumpur

UMUR: 21 Tahun

IPT: UIAM

JURUSAN: Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan ( Pengkhususan Sosiologi & Antropologi, Minor Sejarah dan Ketamadunan)

TAHUN PENGAJIAN: Tahun 2

E-MAIL: nadzis_87@yahoo.com

PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SUKARELAWAN:

1. Bantuan mangsa banjir di Johor dan Pahang

2. Sekatariat Kejohanan Golf Antara Universiti Awam ke-36

3. Khidmat Sukarelawan di PDK KAMII




NAMA: Siti Nur Dalila Melatu Samsi

NO KAD PENGENALAN: 860505-23-6036

ALAMAT RUMAH: No 217, Kg. Parit Ismail, Benut, 82200, Pontian, Johor

UMUR 22 Tahun

IPT: UIAM

JURUSAN: Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Pengkhususan Sosiologi & Antropologi)

TAHUN PENGAJIAN: Tahun 3

E-MAIL: nurr_syams@yahoo.com

BLOG: nurdalilamelatusamsi.blogspot.com

PENGLIBATAN DALAM KHIDMAT SUKARELAWAN:

1. Bantuan Mangsa Tsunami di Kuala Muda, Kedah

2. Program Membaca untuk Orang Buta

3. Program Da’wah Orang Asli Ulu Tamu



"Misi Rahmatan Lil 'Alamin"




Dana Diperlukan...



Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) akan mengadakan Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka dan memerlukan sejumlah besar kewangan untuk menampung perbelanjaan misi ini. GPTD merupakan satu unit sukarelawan muda di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif melaksanakan kajian ketamadunan, penguasaan bahasa asing dan khidmat sosial di pentas antarabangsa. Di antara objektif utama misi ini adalah untuk membuat jaringan hubungan bersama masyarakat Melayu di Sri Lanka dan mengenal pasti belia-belia Melayu yang berpotensi untuk diberi latihan dakwah di Malaysia seterusnya dapat menabur jasa pada masyarakat Melayu dan Islam di Sri Lanka.

Berikut merupakan butiran mengenai misi tersebut;

Tarikh : 12 November 2008 sehingga 30 November 2008 Tempat : Colombo, Kurunegala, dan Hambantota
Peserta : 7 orang delegasi (2 lelaki, 5 perempuan)
Anggaran kos : RM4000 seorang


Sehubungan itu, kami amat berbesar hati sekiranya anda dapat menjadi sebahagaian daripada kejayaan kami dalam menjayakan misi yang murni ini dengan memberikan bantuan berupa sumbangan kewangan.

Semoga usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mampu mencapai objektifnya. Diharapkan agar sumbangan anda dikira sebagai amal ibadah, insya Allah.


Sokongan dan kerjasama daripada anda dalam menjayakan misi ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathiraa.




Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Ain Najwa Badrul Amin (114209614100-Maybank)



Untuk maklumat lanjut sila hubungi:



~Saudari Ain Najwa: 0192269005 atau

~Saudara Najmuddin: 0126980568.



“MISI RAHMATAN LIL ‘ALAMIN”

Tuesday, October 28, 2008

Kertas Kerja "Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka"





1.0 PENGENALAN

Diaspora Melayu sudah lama berkembang di se-antero dunia. Selain Nusantara, terdapat juga komuniti Melayu di negara-negara lain seperti United Kingdom, Surinam, Belanda, Afrika Selatan, tidak ketinggalan juga di Sri Lanka. Sungguhpun diaspora Melayu tidak sehebat diaspora India dan Cina, akan tetapi taburan komuniti Melayu di serata dunia sudah cukup menggambarkan keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Terdapat hampir 8.5% penduduk beragama Islam di Sri Lanka dan seramai hampir 50,000 adalah orang Melayu. Sebagai golongan yang minoriti, golongan ini seolah-olah merasakan mereka dipinggirkan lantas menyebabkan mereka tidak proaktif dalam membangunkan diri terutamanya golongan belia. Menyedari hakikat tersebut, sekumpulan sukarelawan daripada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD-ABIM) akan mengadakan misi kesukarelaan untuk membantu golongan minoriti tersebut untuk membangun.

GPTD mempunyai visi untuk menjadi institusi pembangunan belia berperibadi positif yang berperanan dalam membina kegemilangan tamadun. Di antara misi-misi murni GPTD adalah untuk meneraju aktiviti belia dalam khidmat sosial antarabangsa, dan mengkaji sejarah dan tamadun dunia.

1.0 OBJEKTIF

1.1 Menguatkan jaringan hubungan yang telah diadakan bersama komuniti Melayu terutamanya di Sri Lanka.
1.2 Memahami faktor kekuatan dan kelemahan bangsa Melayu di Sri Lanka bagi menjana formula terbaik untuk pembangunan belia.
1.3 Mendedahkan sukarelawan muda kepada isu-isu semasa dan antarabangsa bagi merangka perancangan strategik untuk mencapai misi dan visi GPTD.


2.0 NAMA PROGRAM
Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka

3.0 TEMA
“Takkan Melayu Hilang di Dunia”

4.0 TARIKH
12 November 2008 – 30 November 2008 (19 hari)

5.0 LOKASI
5.1 Kurunegala
5.2 Colombo
5.3 Hambantota

6.0 ANJURAN
Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)

7.0 KERJASAMA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

8.0 PESERTA
8.1 Tujuh orang sukarelawan GPTD
8.2 Ketua Penyelaras GPTD

9.0 MODUS OPERANDI
Terdapat tiga fasa utama dalam menjalankan Misi Kesukarelaan di Sri Lanka iaitu proses perlaksanaan sebelum program, proses perlaksanaan semasa program dan tindakan selepas program.

9.1 FASA 1:
PROSES PERLAKSANAAN SEBELUM PROGRAM (DI MALAYSIA)

A. Pengumpulan Maklumat Asas dan Dokumentasi.
Segala maklumat yang diperlukan oleh peserta mengenai lokasi projek ini adalah melalui pembacaan ensiklopedia yang bertujuan unutk mengetahui latar belakang lokasi ini seperti kedudukan, populasi penduduk, sumber ekonomi, cuaca, keluasan, agama, budaya dan sebagainya. Semua maklumat ini akan dikumpulkan di dalam satu kompilasi bagi rujukan para peserta.

B. Khidmat Organisasi dan Pertubuhan Sri Lanka
Terdapat beberapa organisasi yang akan membantu secara langsung dan secara tidak langsung di dalam menjayakan misi ini. Antaranya adalah Kurunegala Malay Association, dan Young Men’s Muslim Association (YMMA). Mereka akan membantu dari segi koordinasi misi bersama masyarakat Melayu dan Islam di Sri Lanka.

C. Latihan Persediaan
Kesemua peserta perlu memastikan diri mereka lengkap dengan segala pengisian-pengisian yang cukup dan latihan diri yang mantap dari sudut fizikal dan rohani. Dengan itu antara pengisian yang dirangka sebagai medan latihan adalah seperti berikut:

Usrah bersama Pemimpin GPTD (dua kali seminggu).
Latihan-latihan asas seperti pengucapan umum, teknik membuat dokumentasi, dan latihan kefasilitatoran.
Latihan memasak dan latihan menjahit baju kurung.

D. Pembiayaan Projek
Perbelanjaan besar diperlukan bagi membiayai segala kos projek belia ini. Kesemua wakil GPTD dikehendaki mencari penajaan untuk tiket penerbangan dan kos sara diri di Sri Lanka. Dengan demikian, beberapa usaha akan dilakukan untuk menampung kos perbelanjaan. Antaranya, memohon bantuan daripada Pusat Zakat Selangor, syarikat-syarikat korporat, dan sumbangan orang ramai.


9.2 FASA 2:
PROSES PERLAKSANAAN SEMASA PROJEK (DI KURUNEGALA, HAMBANTOTA, DAN COLOMBO, SRI LANKA)

Mengadakan pertemuan dan diskusi bersama belia-belia Kurunegala, Colombo, dan Hambantota.
Mengadakan sesi motivasi dan kelas bahasa Melayu kepada golongan remaja di Kurunegala, Colombo, dan Hambantota.
Membuat kajian sosial ke atas belia Melayu Sri Lanka.
Mengadakan kelas memasak makanan melayu.
Mengajar wanita-wanita cara menjahit baju kurung.
Mengadakan kelas Qira’ati dan mengaji al-Quran untuk kanak-kanak dan remaja.
Mengadakan kelas Bahasa Melayu untuk masyarakat setempat.

Proses ini adalah berdasarkan kepada tentatif dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa berada di Sri Lanka. Antaranya:

A. Perkongsian Ilmu
Sesi ini akan dikendalikan oleh peserta dengan memberi serba sedikit pengisian ilmu kepada golongan setempat di tempat-tempat yang dilawati seperti penyampaian khutbah Jumaat, kuliah ringkas selepas solat, dan mengadakan kelas bahasa Melayu. Selain itu, para peserta juga akan berkongsi ilmu memasak dan menjahit bersama golongan wanita di sana.

B. Khidmat Sosial dan Kemasyarakatan
Peserta akan menyalurkan khidmat sosial dan kemasyarakatan berbentuk gotong-royong membersihkan kawasan setempat dan membantu mereka yang memerlukan.

C. Kajian Sosial Belia Melayu Sri Lanka
Para peserta akan mengadakan kajian sosial di kalangan belia Sri Lanka yang bertujuan untuk mengenal pasti belia-belia yang berpotensi untuk di bawa ke Malaysia pada projek akan datang. Mereka akan diberikan latihan bertempat di Pusat Latihan ABIM, Sungai Ramal Kajang untuk menjadi pendakwah di kawasan masing-masing.


9.3 FASA 3:
PERLAKSANAAN SELEPAS PROJEK

Dalam memastikan keberkesanan projek ini, para peserta akan menyusun langkah-langkah berikut supaya projek ini akan berterusan dan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang;


A. Terbitan Buku atau Dokumentasi
Kajian ini akan diadaptasikan dalam bentuk penerbitan buku atau dokumentasi. Ini dapat memberi pendedahan mengenai masyarakat Melayu Sri Lanka kepada masyarakat umum di samping menjadi rujukan kepada sukarelawan-sukarelawan GPTD yang lain.

B. Rakaman video dan penerbitan rencana
Segala aktiviti akan dirakamkan dan rakaman ini akan dikumpulkan di dalam cakera padat untuk bahan penerbitan dan dokumentari yang boleh ditonton melalui mana-mana stesen penyiaran. Semua bahan ini akan diedarkan kepada umum serta diberi sebagai cenderahati kepada penyumbang-penyumbang program ini

C. Program Susulan
Hasil yang positif ini akan mendorong kumpulan ini untuk melakukan misi yang seterusnya ke tempat lain yang mempunyai penduduk Melayu. Usaha juga akan dilakukan demi meneruskan hubungan serta menyalurkan khidmat sosial dan kemasyarakatan kepada penduduk di sana.


10.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 1

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran 2

12.0 ANGGARAN PENDAPATAN
Rujuk Lampiran 3

13.0 PENUTUP
Diharapkan melalui misi yang murni ini, para sukarelawan dapat memberi sumbangan yang bermakna dan berkesan kepada komuniti Melayu di Sri Lanka khususnya. Semoga misi ini akan menjadi sumber dorongan buat komuniti Melayu Sri Lanka agar dapat membangunkan bangsa Melayu di Sri Lanka khususnya golongan belia. Oleh itu, grup GPTD-Sri Lanka meletakkan harapan yang tinggi terhadap usaha misi ini seterusnya memohon bantuan dan kerjasama yang termampu daripada semua pihak dalam memastikan kejayaan misi ini.