Tuesday, May 19, 2009

Melayu Sri Lanka

Bangsa Melayu Sri Lanka merupakan bangsa minoriti di Sri Lanka berbanding bangsa Tamil dan Moors (darah campuran bangsa Arab dan Tamil). Mengikut peratusan penduduk, bangsa Melayu hanya beberapa peratus dari keseluruhan penduduk Sri Lanka. Kebanyakan orang-orang Melayu di Sri Lanka tinggal di kawasan persisiran pantai seperti di Hambantota.


Menurut sejarah, orang Melayu Sri Lanka telah mula wujud dan menetap di Sri Lanka sejak kurun ke-13 lagi. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan bangsa Melayu berhijrah ke Sri Lanka lama dahulu. Faktor pertama adalah kerana askar-askar Melayu dari kepulauan Melayu di hantar ke Sri Lanka bagi membantu British di sana. Mereka di gelar sebagai Orang Rejimen (Ceylon Rifle Regiment of Malays). Mereka sangat di hormati dan di berikan gelaran-gelaran tertentu kerana keberanian dan kesetiaan mereka. Akhirnya askar-askar ini memilih untuk menjadi penduduk tetap di sini dan mereka telah di anggap sebagai kaum elit yang menerima pelbagai kelebihan dari kerajaan British.


Kelompok kedua yang menyebabkan wujudnya bangsa Melayu di Sri Lanka juga disebabkan oleh golongan pembesar-pembesar dan anak-anak raja yang di buang negeri oleh British dari kepulauan Melayu ke Sri Lanka. Sebagai contoh, kisah Syeikh Yusof Al-Makasari yang di percayai merupakan golongan di raja dan bangsawan dari Tanah Jawa yang kuat menentang penjajahan British di kepulauan Melayu. Disebabkan rasa terancam, pihak British telah mengambil krputusan untuk membuangnya di Sri Lanka selama 11 tahun.


Ada juga pendapat yang menyatakan Orang melayu Sri Lanka pada awalnya merupakan pelayar-pelayar Melayu yang berdagang ke Sri Lanka. Melalui kawasan persisiran pantai, sebahagian dari mereka membuat keputusan untuk menetap di sana. Di sebabkan oleh itu, kebanyakan bangsa Melayu di Sri Lanka tinggal di kawasan persisir pantai dan bekerja sebagai nelayan.


Kini penduduk Melayu Sri Lanka semakin pudar identitinya sebagai Bangsa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Yang pertama, wujudnya tradisi kawin campur dimana orang-orang melayu Sri Lanka kini lebih cenderung untuk memilih pasangan dari bangsa lain sama ada Bangsa Tamil atau Moors. Apabila ini terjadi, mereka lebih selesa untuk ‘bertukar’ bangsa hingga tidak mahu lagi mengaku sebagai Melayu. Hal ini sangat berkaitan dengan faktor kedua dimana taraf hidup orang-orang Melayu itu sendiri yang kebanyakannya ditindas dan ini menghalang mereka untuk maju kehadapan dan membela nasib mereka sendiri.


Dari segi ekonomi, tidak ramai orang-orang Melayu dapat sampai ke tahap yang tinggi. Malahan, golongan muda Melayu sendiri yang berjaya dalam bidang pendidikan, lebih selesa untuk berhijrah keluar dari kelompok Melayu dan membawa cara hidup tersendiri. Antara sebab lain adalah, proses asimilasi dan sosialisasi dengan bangsa-bangsa lain yang menyebabkan bangsa Melayu terikut-ikut ataupun sebenarnya adalah satu proses penyesuaian diri dengan budaya dan cara hidup bangsa lain.


Bersambung...


1 comment:

Unknown said...

Terima kasih, hampir setiap hari saya sangat suka/minat membaca apa saja perihal orang-orang melayu di sri lanka, saya ingin shalat di masjid2 melayu di sana dan bersua dengan mereka.... saya baca perjuangan tuan sally petinggi angkatan bersenjata sri lanka, saya dengarkan nyanyian lagu you tube oleh sandra burah, malaika cuttilan, shereena umar,vilayil fasela n yesudas, malay pethy, hinggakan pemain cricket melayu yang murtad ... saya teliti facebook remaja melayu...... saya sangat ingin bersua dengan mereka..... mereka hampir kehilangan jatidiri/tamaddun melayu... mari kita dukung mereka menggalakkan adat resam melayu... mari kita kesana ramai ramai... bawalah saya ke sri lanka amin wassalam djufri medan indonesia. hp +6285275810000