Wednesday, February 18, 2009

Penyerahan Buku Dr. M.S. Jaldeen


17 February 2009 - Alhamdulillah, saya (Najwa) dan Syah telah menyelesaikan satu amanah daripada Dr. M.S. Jaldeen untuk menyerahkan dua buah buku karangan beliau yang berjudul "The Muslim Law of Succession Inheritence & Waqf in Sri Lanka" dan "The Muslim Law of Marriage Divorce and Maintenance in Sri Lanka" kepada pihak Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Buku-buku tersebut adalah pemberian daripada Dr. M.S. Jaldeen sendiri semasa kami bertemu dengan beliau dalam satu majlis yang dianjurkan oleh pihak COSLAM (Confederation of Sri Lankan Malay) di Colombo, November tahun lepas. Kami juga turut menerima buku daripada beliau untuk kami sendiri. Semoga ilmu yang dicurahkan di dalam buku tersebut dapat dimanfaatkan oleh warga UIAM.

1 comment:

Anonymous said...

I need telephone number or email address of Dr. M.S. Jaldeen. I am looking for a copy of his book "The Muslim Law of Succession, Inheritence and Wakf in Sri Lanka".

Ihsan, Dubai