Saturday, October 24, 2009

Pertemuan GPTD-Sri Lanka bersama Naib Presiden Antarabangsa ABIM dan juga TK Azoor, Pengetua Kolej Zahira, Sri Lanka

20 OKTOBER 2009-Ahli GPTD Sri Lanka telah menghadiri satu pertemuan di antara Naib Presiden Antarabangsa ABIM, Sdr. Khairol Faiz Morat dan En.TK Azoor, Principal Zahira College Sri Lanka kediaman di kediaman Sdr. Khairol Faiz di Duta. Antara mereka yang hadir bersama adalah saudara Syahrir Azfar, Syed Putra Iqmal (PMUIAM Nilai), dan juga Saudara Hanis Zakaria (UIA Gombak). Encik TK Azoor yang menghadiri majlis konvokesyen anaknya pada 10 & 11 Oktober yang lalu, mengambil kesempatan ini untuk menziarahi kenalan-kenalan lama sekaligus merapatkan hubungan antarabangsa di antara dua buah negara ini.

Lawatan tersebut dimulai dengan sesi pembentangan dalam gaya santai mengenai isu dan hal ehwal dalam negara masing-masing. Encik TK Azoor yang sememangnya rapat dan sudah sedia maklum mengenai keadaan di Malaysia nampak senang dan selesa berbicara mengenai Negara ini di samping membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Sri Lanka terutamanya dalam kalangan masyarakat Muslim.

Menurut Encik TK Azoor, beliau menyokong penuh kerjasama di antara NGO PKPIM-GPTD-ABIM dan juga NGO Sri Lanka, dan memuji kepekaan serta semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh generasi muda dalam ABIM-PKPIM-GPTD.

Selain itu, Encik TK Azoor turut menyatakan rasa gembiranya untuk kembali bertemu dengan kenalan-kenalan lama setelah sekian lama tidak berhubung. Bagi beliau, pertemuan berkala begini adalah amat baik di samping dapat mengeratkan silaturrahim dan juga saling bertukar dan berkongsi pandangan mengenai masalah-masalah berbangkit dan juga isu semasa.

Sdr. Khairol Faiz Morat turut menyambut baik kedatangan Encik TK Aznoor dan berharap sokongan serta panduan dari beliau untuk ABIM-PKPIM-GPTD tidak akan pernah kurang, di samping masing-masing membantu di antara satu sama lain.
Selesai solat Maghrib berjemaah, kami bersantap hidangan oleh tuan rumah sambil berbual mengenai kebudayaan negara masing-masing.

Sekian.
Syed Putra Iqmal.

No comments: