Tuesday, November 18, 2008

Hari ke-4

Untuk hari yang ke-4 ini, Pak Cik Jamalon telah mengadakan Kelas Bahasa Melayu di rumahnya. Kami berenam telah diamanahkan menjadi guru Bahasa Melayu pada hari ini. Buat pengetahuan semua, masyarakat Melayu disini menggunakan Bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa 'sinhalese' dan sedikit dipengaruhi olah Bahasa Tamil. Mereka juga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi.

  • Awe & Fahmi sedang mengajar Bahasa Melayu.

  • Antara mereka yang berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu. Salah seorang daripadanya adalah Pengerusi Kandy Malay Association.

Selepas kelas, kami menikmati makanan tengahari bersama-sama. Masing-masing makan sikit kerana takut bertambah berat badan (semua dah nampak makin 'comel' sebab sentiasa dijamu dengan makanan yang banyak sepanjang 4 hari disini). Kecuali Fahmi & K.Dyll. Fahmi memang makan banyak..tak ada siapa boleh lawan.. K.Dyll pula makan lebih banyak dari Syah sebab baru je dapat 'feel' untuk makan kenyang-kenyang. Hmm..Cuba bayangkan berapa banyak Syah makan..Hehe..

Selepas makan tengahari kami berehat sebentar sebelum memulakan agenda yang seterusnya. Pakcik Jamalon membawa kami berjalan kaki ke sebuah rumah yang tidak jauh dari rumahnya. Di sini kami di pertemukan dengan seorang guru mengaji (perempuan..lupa pula namanya). Mereka di minta untuk membacakan beberapa ayat Al-Qur'an untuk kami dengar. Pak Cik Jamalon meminta kami memberikan sedikit komen mengenai cara bacaan mereka. Awe menjelaskan bahawa terdapat beberapa kesalahan bacaan dan tajwid. Contohnya, kebanyakan mereka membaca terlalu laju dan sebutan makhraj huruf yang salah.

Awe juga menunjukkan beberapa cara pengajaran Al-Qur'an cara Malaysia (guna iqra'). Mereka juga meminta kami memperdengarkan beberapa bacaan ayat-ayat Al-Qur'an untuk dibandingkan dengan bacaan mereka. Alhamdulillah, mereka menerima pendapat kami dengan baik.

  • Antara kanak-kanak yang di ajar membaca Al-Qur'an disini.

  • Fahmi & Syah mendengar penerangan dari Pak Cik Jamalon tentang situasi kelas mengaji Al-qur'an disini.

Secara jujurnya, kami semua agak sedih dengan situasi yang menimpa Masyarakat Melayu Islam disini. Ada juga timbul idea di kalangan kami untuk tinggal disini untuk beberapa bulan atau tahun. (idea je...hehe). Apapun, sudah menjadi kewajipan & tanggungjawab bagi kami untuk memikul tugasan ini. InsyaAllah, andai di berikan peluang sekali lagi, harapnya kami mampu membantu lebih daripada ini. Wallahu'alam.

1 comment: