Sunday, November 16, 2008

Eh! Dah pukul 4.30 dah ni...Subuh dah masuk!

Eh! Dah pukul 4.30 pagi la. Kejut semua bangun Subuh!

Ketukan di pintu bilik mengejutkan saya dan Fahmi dari tidur yang 'lena'. Tanpa berfikir panjang, saya terus bangun dengan kemalasan setelah penat berperang dengan nyamuk sepanjang malam, mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Keluar dari bilik, kelihatan lampu di ruang tamu hadapan rumah bernyala. Dan kelihatan kelibat Awe sedang bersolat. Hurm, dah masuk Subuh la... Takpe la, mandi la kejap, kata saya.

Setelah selesai mandi, lampu di ruang tamu yang bernyala sebentar tadi dah tertutup pulak. Aik...taknak solat berjemaah ke diorang ni. Dah mengomel sendiri dah pagi tadi. Hurm.. Masuk sahaja bilik untuk menyalin pakaian, terus tengok jam tangan yang memang dah disetkan mengikut waktu Sri Lanka. Aik! Baru pukul 2.30 pagi la. Hadoi! Dah terkena dah ni. Ini yang dikatakan simptom masa Malaysia. Ahaha. Semua kami terpedaya waktu Malaysia pada telefon bimbit masing-masing! Yang tak tahan tu, Pak Cik Jamalon siap tegur lagi yang perempuan, tanya mereka Solat tahajjud ke Solat apa? Dengan yakin mereka menjawab nak solat Subuh! Hahaha... Patutla gelap balik ruang tamu. Semua pun masuk tidur balik kat bilik. Saya pun apa lagi, selesai solat tahajjud dan solat hajat, terus tarik selimut! Bukannya apa, manfaatkan masa yang dua jam lagi nak masuk subuh untuk 'recharge' balik tenaga.

Namun begitu, kami berjaya juga Solat subuh mengikut waktu Sri Lanka yang sebenar. Waktu subuh di sini agak awal, iaitu seawal pukul 4.40 pagi. Kami solat secara berjemaah dengan Pak Cik Jamalon dan juga Makcik Jamalon. Keunikan di Sri Lanka ini, mereka mengekalkan nama keluarga dalam salasilah keluarga. Isteri yang berkahwin akan mengikut salasilah si suami. Jadi, wujudla nama Pak Cik Jamalon dan Mak Cik Jamalon dan juga 'another' Pak Cik Jamalon (sepupu Pak Cik Jamalon) . Hurm..Unik kan...


Selesai solat Subuh dan berwirid bersama-sama, sedikit tazkirah diberikan oleh saya. Mengingatkan ahli Grup untuk menjaga niat agar tidak terpesong dari matlamat sebenar misi. di samping itu saya juga mengingatkan semua agar bertawakal kepada Allah atas apa juga 'outcome' yang akan kami dapat daripada misi yang akan dijalankan samada positif atau negatif. Kerana segalanya terletak dalam pengetahuan Allah. Andai Allah menentukan kesan yang positif atas misi kami kali ini, maka kami perlu bersyukur, dan andai berlaku sebaliknya, kami perlu beristighfar dan semoga Allah mengampunkan segala kelemahan kami. Di samping itu saya juga mengingatkan semua ahli Grup untuk percaya dan yakin dengan diri sendiri. Ini kerana mungkin di kalangan kami ini merasakan belum cukup sempurna untuk berdakwah kepada masyarakat. Lantas saya tegaskan, bahawa Rasulullah bersabda, "sampaikan dariku walau satu ayat", dan saya menceritakan bagaimana perihal mereka yang mendengar khutbah terakhir Nabi Muhammad, kubur mereka kebanyakanny berada di luar Kota Madinah. Semoga semua ini dapat menjadi pendorong semangat kepada semua ahli Grup untuk terus berada pada objektif sebenar misi ini.


Selepas selesai tazkirah, kami berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini, dan membuat beberapa checklist barang-barang yang perlu dibawa sepanjang perjalanan sambil dijamu dengan air teh special dari Sri Lanka. Hari ini kami akan ke Kandy. Sebelum ke sana, kami akan singgah ke rumah anak Pak Cik Jamalon untuk sarapan pagi. Semasa di Kandy nanti kami akan berjumpa dengan persatuan Melayu di sana, dan kami akan mengadakan perbincangan dua hala bersama dengan mereka. Kami dimaklumkan Melayu di Kandy merupakan antara Melayu yang berpendidikan. Jadi kami merasakan terdapat peluang di situ untuk memperbincangkan cara bagaimana untuk membantu masyarakat Melayu di Kurunegala dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka. InsyaAllah, hasil perbincangan nanti akan kami postkan dlam blog ini.

Sehingga bertemu lagi dalam post berikutnya. Doakan perjalanan kami selamat ye!

Assalamualaikum!

'Misi Rahmatan Lil 'Alamin'

No comments:

Post a Comment