Lawatan tersebut dimulai dengan sesi pembentangan dalam gaya santai mengenai isu dan hal ehwal dalam negara masing-masing. Encik TK Azoor yang sememangnya rapat dan sudah sedia maklum mengenai keadaan di Malaysia nampak senang dan selesa berbicara mengenai Negara ini di samping membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Sri Lanka terutamanya dalam kalangan masyarakat Muslim.
Menurut Encik TK Azoor, beliau menyokong penuh kerjasama di antara NGO PKPIM-GPTD-ABIM dan juga NGO Sri Lanka, dan memuji kepekaan serta semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh generasi muda dalam ABIM-PKPIM-GPTD.
Selain itu, Encik TK Azoor turut menyatakan rasa gembiranya untuk kembali bertemu dengan kenalan-kenalan lama setelah sekian lama tidak berhubung. Bagi beliau, pertemuan berkala begini adalah amat baik di samping dapat mengeratkan silaturrahim dan juga saling bertukar dan berkongsi pandangan mengenai masalah-masalah berbangkit dan juga isu semasa.
Sdr. Khairol Faiz Morat turut menyambut baik kedatangan Encik TK Aznoor dan berharap sokongan serta panduan dari beliau untuk ABIM-PKPIM-GPTD tidak akan pernah kurang, di samping masing-masing membantu di antara satu sama lain.
Selesai solat Maghrib berjemaah, kami bersantap hidangan oleh tuan rumah sambil berbual mengenai kebudayaan negara masing-masing.
Sekian.
Syed Putra Iqmal.