Monday, December 29, 2008

Harap Maaf...

Harap maaf diatas kelewatan mengemas kini blog ini. Juga di atas kekurangan kami meluangkan masa untuk menghabiskan laporan misi yang lepas. InsyaAllah, laporan penuh akan di post dalam masa yang terdekat. Sementara itu, ikutilah sambungan misi kami yang lepas pada entri yang akan datang...Harap maklum. Terima Kasih atas sokongan semua.
Wallahu'alam.

Friday, December 12, 2008

Salam from Kurunegala!


Assalamu Alaikum!
Fahmi, Syah, Dalila, Raja Balqis, Nadzi, Ain,
I have already communicated with Ain (skype) and Syah (emel). I will forward that emel to you.
First makcik is missing you very much. Fa is missing you very much. I am trying not to miss you very much, but I cannot!
I must say you have created a storm here. Everybody, who had the chance to meet you all, is very happy about the experience. Already there is a stir among the ustazs/ustazahs and the parents to teach the tajweed way.
The Baju Kurungs you have given (there were fifteen) were distributed 3 each to makcik Jalil, ustaz Siraj Badurdeen, ustaza Saroja, Pakcik Farzan Mahmood and makcik Pauline(rumah budak yang menyanyi ambil buyung. Berhampiran dengan rumah saya), to be distributed as they think suitable.
I am very happy that your tour here, especially in Kurunegala, went off smoothly.

We have a lot of work to do at the grass roots level, to produce righteous people, who will work selflessly for the betterment of everybody.
You have done wonderful work among our people. Keep up the good work.
Thank you!
Wassalaam!
Pakcik J




Tuesday, December 9, 2008

28 November 2008 (Hari ke-13)

Alhamdulillah, kami telah melalui hari yang ke-13 misi. Pagi ini, tiada apa-apa program di jadualkan untuk kami. Jadi, untuk menghabiskan masa, kami menyelesaikan tugas-tugas peribadi seperti membasuh baju dan mengemas barang. Lagipun tinggal sehari sahaja lagi kami di sini.
Hari ini kami di jemput untuk makan tengahari di rumah seorang ahli YWMA (Youth Women Muslim Association). Walaupun di janjikan kenderaan akan tiba awal, namun jam 12 tengahari baru kami bertolak dari Kent Road. Lihatlah, betapa sedapnya pencuci mulut yang di hidangkan..=D.


Namun, sedikit perselisihan faham telah berlaku antara kami dan tuan rumah. Sebelum ke sana, kami semua telah menunaikan solat jamak Zuhur & Asar. Tetapi, apabila tiba di rumah tersebut, tuan rumah mengajak Syah dan Fahmi untuk solat Jumaat di masjid bedekatan. Nak di jadikan cerita, puas kami menerangkan bahawa kami sudah solat jamak di Rumah Makcik Machiya, Namun jawapan itu tidak di terima oleh Pak Cik tersebut. Maka, terpaksalah mereka berdua ikut Pak Cik tersebut ke Masjid untuk solat Jumaat... (Awe sedikit terganggu dengan insiden tersebut...huhu)
Pengajarannya? Hormati tuan rumah... Dan, fahami situasi semasa...
Selepas makan tengahari, kami di bawa ke Zahira Collage bagi sambutan Islamic Day 2008. Kami ni boleh la di katakan sebagai 'VIP'. Mendapat jemputan khas dari Tn. T.K. Azoor sendiri (Pengetua Zahira Collage). Sudahlah terlewat, jadi perhatian pula bila masuk ke dewan dengan Baju Kurung dan Baju Melayu. Memang sengaja kami kenakan pakaian kebangsaan untuk hari istimewa ini.


Seusai majlis, kami bergegas di bawa ke Padang Complex untuk pertemuan bersama Sri Lankan Malay Association (SLAMAC). Perjumpaan yang sedikit terlewat dari yang di janjikan (kami sentiasa terlewat hari ini kerana menunggu orang...hehe). Alhamdulillah, perjumpaan di jalankan dengan lancar. Tercapai satu lagi objektif kami untuk membina jaringan dengan orang-orang Melayu Sri Lanka.


Selepas perjumpaan tersebut, kami terus di bawa pulang ke Kent Road. InsyaAllah, esok kami akan menghabiskan masa bersama belia-belia YMMA (Youth Men Muslim Association). Kami pun tak pasti kemana kami akan di bawa, namun harapnya akan memberi kesan yang baik untuk misi ini. Insyaallah...






Iklan....
Sedikit kisah...Macam ini lah caranya kami nak kurangkan stress & rindu pada Malaysia.. Bergambar posing ala-ala kumpulan nasyid...(n_n)
Gambar ini diambil di Dondra Light House beberapa hari yang lepas...

Wallahu'alam....